Saturday 19 February 2011

SEJARAH SEORANG TOKOH AGAMA

                                                                  

                       


DISEDIAKAN OLEH:


 NORFARAHIN BINTI SABLI


MATRIK NO :


2010820734
BMD2Ac

DISEDIAKAN UNTUK:


USTAZ ABD AZIZ HARJIN
  PENSYARAH CTU 151

PROGRAM :


DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

 TARIKH HANTAR:

28 FEBRUARI 2011

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK
PENDAHULUAN
BIODATA HJ ABD MAJID
B RAIS
CABARAN DALAM MENJADI SEORANG PENDAKWAH

SUMBANGAN DALAM ISLAM
HARAPAN MASA AKAN DATANG TENTANG ISLAM
RUMUSAN

PENUTUP

LAMPIRAN





ABSTRAK




 Dalam dunia yang semakin maju kita kini seringkali lupa untuk berdakwah sesama manusia atau lebih tepat lagi sesama umat Islam itu sendiri.Kita terlalu mengejar duniawi hingga terleka melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.Sedangkan berdakwah dan mengajak manusia ke jalan yang diredhai oleh Allah serta mengamalkan amal makruf nafi mungkar sangat penting.Namun sayang seribu kali sayang,secara umum dan terang-terangan kita telah melalaikan perintah ini.Sebaliknya orang bukan Islam pula yang sibuk menyebarkan agama mereka di seluruh dunia untuk mendapatkan penganut dan pengaruh yang ramai di seluruh dunia.
"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru (manusia) kepada Allah dan beramal soleh dan berkata, "Bahawasanya aku termasuk orang-orang yang berserah diri (muslim)." (Surah Fushilat : 33).
Sebahagian para ulama menafsirkan bahawa barangsiapa menyeru manusia ke jalan Allah dengan cara apa saja, maka ia berhak mendapat kehormatan yang berupa berita gembira dan pujian seperti yang disebutkan di dalam ayat di atas.Misalnya para Nabi a.s. berdakwah dengan menggunakan mukjizatnya, alim ulama berdakwah dengan menggunakan dalil dan hujahnya, para mujahid berdakwah dengan pedangnya, dan para muadzin berdakwah dengan azannya. Maksudnya siapa pun yang menyeru kepada Allah, ia berhak mendapatkan kehormatan itu, baik mengajak kepada amalan-amalanzahir atau amalan-amalan batin, sebagaimana para ahli tasawuf yang mengajak kepada ma'rifatullah (mengenal Allah).
Sebahagian para penafsir Al-Quran juga berpendapat bahawa ayat, "Dan ia berkata bahawa aku termasuk muslim," bermakna bahawa seorang muslim hendaklah bangga dengan keislaman yang telah dikurniakan oleh Allah kepadanya dan ia yakin bahawa Islam itu merupakan kemuliaan baginya. Ahli-ahli tafsir lain juga menafsirkan bahawa dalam setiap kegiatan dakwah dan tabligh, selayaknya kita tidak merasa sombong kerana menjadi seorang mubaligh. Kita seharusnya berasa rendah hati dengan menganggap bahawa kita hanyalah seorang muslim biasa.



PENDAHULUAN



 "Kalian adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia, kalian menyuruh (berbuat) kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan kalian beriman kepada Allah." (Surah Ali Imran: 110).
Dalam ayat di atas, Allah swt. telah memuliakan kita sebagai umat yang terbaik dalam semua kalangan umatnya,oleh itu kita perlu berdakwah dan mengajak umat Islam kepada kebaikan dan mencegah mereka dari kemungkaran. Para ahli tafsir mengatakan bahwa dalam ayat ini, kalimat amar ma'ruf nahi mungkar disebutkan terlebih dulu daripada iman kepada Allah. Padahal, iman adalah permulaan segala amalan. Tanpa iman,segala kebaikan yang kita lakukan selama ini tidak akan dilihat  oleh Allah.Hal ini terjadi kerana iman juga dimiliki oleh umat terdahulu, tetapi ada suatu amalan khusus yang menjadikan umat Muhammad saw. lebih unggul dibandingkan kaum-kaum sebelumnya, iaitu tugas amar ma'ruf nahi mungkar. Inilah penyebab umat Muhammad saw. lebih istimewa daripada umat lainnya. Dan maksud utama ayat tersebut adalah menyebutkan pentingnya amar ma'ruf nahi mungkar bagi umat ini.Maksud amal makruf nahi mungkar ini ialah mengajak umat melakukan kebaikan ke jalan diredhai oleh Allah dan meninggalkan segala larangNya.Sebagaimana firman Allah,  "Ketika mereka lalai dari mengingatkan." Peringatan seperti ini banyak disebutkan dalam ayat-ayat lainnya. Jadi, kelebihan umat Islam terletak pada perhatian khusus dalam dakwah. Oleh sebab itu, hendaknya dakwah dilaksanakan oleh umat Islam.


BIODATA HAJI ABD MAJID B. RAIS




Nama diberi oleh bonda dan ayahanda ialah Abd Majid bin Rais.Dilahirkan pada tanggal 7 Januari 1936 di rumah ibu bapanya di Kg.Sungai Tengar,Sabak Bernam,Selangor.Mempunyai 6 orang adik beradik 4 perempuan dan 2 lelaki selain itu beliau juga adalah anak bongsu.Mendapat pendidikan pada awalnya hanya bersama bapanya di rumah kemudian  dihantar ke sekolah untuk menuntut di ilmu sekolah agama,di Sekolah Al-Ulum Syariah di daerah Sabak Bernam.Kemudian beliau berkahwin dengan seorang gadis dari negeri Perak iaitu Pn.Asiah bt Hj.Khalil.Mereka kemudian dikurniakan 7 orang anak dan 15 orang cucu.Hobi beliau pada masa lapang adalah dengan menanam bunga dan sayur-sayuran serta berbasikal.Ini adalah cara beliau melakukan aktiviti untuk menyihatkan badan walaupun pada usia emas
Beliau berminat dalam menyampaikan dakwah pada awalnya apabila sering kali dipanggil oleh guru di sekolah untuk menyampaikan tazkirah pada hari Jumaat di perhimpunan sekolah.Ini kerana guru di sekolah merasakan bahawa segala isi yang disampaikan dalam tazkirah beliau adalah sangat bagus dan dapat dijadikan peringatan oleh guru dan rakan-rakan di sekolah.Bagi beliau apa yang beliau sampaikan itu hanya sebagai ingatan kepada semua orang dan diri beliau sendiri selain itu,beliau tidak pernah bangga diri atau sombong pada orang lain jika mereka ingin bertanya tentang apa yang disampaikan dalam tazkirah beliau.Tokoh yang beliau sanjungi dan menjadi idola beliau ialah Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Karim atau lebih dikenali sebagai Hamka.Hamka menjadi idola beliau kerana segala isi yang disampaikan oleh Hamka dalam dakwahnya nampak seperti biasa tetapi sebenarnya sangat padat dengan maklumat dan sampai terus ke minda sebagai satu ingatan.



CABARAN DALAM BERDAKWAH




Sebagai seorang pendakwah dan orang yang paling disegani di kampung beliau masih perlu menghadapi pelbagai masalah dalam berdakwah kerana baginya beliau sama sahaja seperti pendakwah lain kena menghadapi cabaran dalam berdakwah.Tetapi berkat kesabaran dan sokongan dari keluarga beliau masih mampu menghadapi cabaran dan menggalas tanggungjawab sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah itu sehingga kini.Pada awal penglibatan beliau dalam arena dakwah ini,ramai penduduk kampung tidak mempercayai apabila beliau ingin menjadi seorang pendakwah dan segala isi yang disampaikan di surau seolah-olah disangsikan apa yang diperkatakan olehnya.Lama kelamaan penduduk di kampung mula mempercayai beliau ini kerana berkat kesabaran beliau dalam menangani masalah penduduk kampung.Setelah beliau mendapat kepercayan daripada penduduk kampung beliau mula mendapat jemputan dari masjid dan surau sekitar kampung untuk berdakwah.Kadanga kala beliau juga mengajar kanak mahupun orang dewasa untuk menggaji,kerana bagi beliau segala ilmu yang beliau daripada pengalaman dan di sekolah dulu perlu dikongsi bersama seluruh manusia.Beliau juga memegang  prinsip bahawa ilmu Allah itu perlu dikongsi bersama  kerana Allah juga tidak kedekut unutk menyebarkan ilmuNya sedangkan ilmu Allah itu lebih dalam dan banyak serta mengetahui segala-galanya daripada manusia.
 Beliau juga kadang kala dipanggil untuk memberi khutbah Masjid Sg.Tengar pada hari jumaat.Beliau memberi khutbah berdasarkan isu semasa sebagi contoh ada sumber mengatakan bahawa pada 2012 berlakunya hari kiamat oleh itu kita sebagai umat Islam diharamkan mempercayai sumber tersebut kerana dalam Al-Quran telah dinyatakan bahawa hari kiamat akan berlaku pada hari jumaat dan hanya Allah sahaja yang tahu bila ia akan berlaku.Beliau juga secara tidak langsung membantu ahli masjid dan MAAHAD KASHFUL ULUM menguruskan masjid dan anak-anak tahfiz di MAAHAD KASHFUL ULUM.Selain itu,beliau juga melontarkan idea dan nasihat berdasarkan keadaan atau situasi pada ketika itu.Beliau tidak akan memberi pandangan secara melulu tanpa mengetahui perkara yang sebenar kerana bagi beliau itu bukanlah dirinya yang hanya mendengar khabar dari sebelah pihak sahaja kerana ia adalah amat tidak adil bagi sebelah pihak lagi dan itu bukanlah sikap seorang pendakwah.Oleh kerana itu lah beliau disanjungi oleh semua orang di sekelilingnya.




SUMBANGAN DALAM ISLAM 




Pada sekitar penghujung tahun 80-an beliau telah dilantik menjadi imam di surau dan ketua ahli jawatankuasa surau.Pelantikkan ini berlaku kerana penduduk kampung dan ahli jawatankuasa surau yang lain melihat beliau ciri-ciri kepimpinan dan berkaliber dalam melaksanakan tugas yang diberi tanpa bertangguh.Ini amat penting dalam menjalankan tugas sebagai seorang khalifah dan bertangguh itu bukanlah satu sikap yang elok.Beliau juga dilantik menjadi sebagai seorang penyembelih haiwan pada hari raya aidilfitri dan hari raya aidiladha dan kenduri kendara.Beliau juga dilantik menjadi sebagai orang perantaraan pertunangan dan menjadi penyambut tetamu pada hari perkahwinan.Pada tahun 2010 beliau telah meletak jawatan sebagai ketua ahli jawatankuasa Surau Ja’fariah kerana ingin menumpukan perhatian pada hal yang lain dan memberi peluang kepada orang baru dalam menggantikan tempat beliau.Walau bagaimana pun perletakkan jawatan sebagai penyembelih haiwan telah ditolak oleh penduduk kampung dan ahli jawatankuasa surau ini kerana mereka ingin orang yang berpengalaman berada di tempat itu dan perlu melatih anak-anak muda dalam bidang penyembelihan.Beliau kini hanya menjadi penasihat surau dan masjid Sg.Tengar. Selain itu beliau juga menjadi penyambut tetamu bagi setiap kenduri perkahwinan yang berlangsung di kampung.Kini tugas beliau di kampung sebagai penasihat surau dan apabila bacaan yassin diadakan di surau beliau menjadi ketua bacaan yassin di surau.




RUMUSAN




Kita sebagai umat manusia yang paling mulia di antara umat yang lain kita haruslah menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah iaitu saling ingat-mengingati sesama manusia dengan cara berdakwah.Dakwah ini amat besar manfaatnya dan dipandang tinggi oleh Allah dan para nabi serta tinggi kedudukannya di mata masyarakat.Apabila berdakwah ini haruslah kita dan menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah.Walaupun kita ditimpa pelbagai masalah dalam berdakwah ini janganlah kita mudah cepat berputus asa dan menahan kesabaran kerana sabar itu separuh daripada iman.Dalam kehidupan di dunia ini adalah biasa bagi kita untuk menghadapi rintangan dan cabaran kerana Allah ingin menguji sejauh mana keimanan umatnya ini dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang mendatang.Sesugguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang ditentukan untuk umatnya demi kebaikan mereka jua. 



PENUTUP

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

Oleh:- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI
(Sajak ini dideklamasikan pada Malam Puisi Utusan ke-10 9 Mei 2003 Auditorium DBKL)


Sajak yang disampaikan oleh mantan perdana menteri kita ini amat mendalam sebenarnya jika di hayati dengan teliti.Beliau bukan mengejar nama atau kekayaan duniawi semata-mata malah turut ingin bersama masyarakat Islam dalam memajukan masyarakat.Oleh itu dengan berdakwah kita dapat membinbing masyarakat Islam ke arah kejayaan dunia dan akhirat selain itu dapat juga saling tegur antara satu sama lain.Apabila ramai para pemimpin seperti ini nescaya seluruh dunia akan dirahmati oleh Allah kerana telah menjalankan tanggungjawab sebagai insan,khalifah dan hamba yang taat pada perintahNya.Para ulama seharusnya perlu lebih menonjolkan diri mereka,bukan hanya mampu berkata di belakang sahaja tanpa berani tampil ke hadapan menjadi seorang tokoh agama yang disegani dan ditakuti oleh ketua agama yang bukan beragama Islam.Dalam dunia yang serba moden ini,memang ramai umat islam terpengaruh dengan cara hidup masyarakat barat tetapi itu bukan bermakna kita tiada jalan penyelesaian dalam menghadapi masalah tersebut.Kita seharusnya bersama-sama membawa mereka yang terlalu taksub dengan budaya barat ini ke arah jalan kehidupan yang diredhai oleh Alllah.

 LAMPIRAN




Masjid Sg.Tengar



surau Ja'fariah yang menjadi tempat beliau
selalu berdakwah.



Kami bergambar sebagai kenangan.



Sebahagian daripada tanaman yang beliau tanam
di sekitar kawasan rumah.



LAMPIRAN

Tuan Haji Abd Majid b. Rais sekeluarga